Paradise.

\\Bonjour


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ. اللهِ وَبَرَكَاتُ
A slave of Allah! Trying everyday to become a better Muslimah, insyaAllah.
Entries

Status:
Hi 2013. Semoga saya lebih cemerlang dalam pelajaran. Amin!


Favorite Guilt

Be that strong girl that everyone knew would make it through the worst. Be that fearless girl, the one would dare to do anything. Be that independant girl who didn't need a man; be that girl who never backed down.

\\Credits

Full-Edited:Ariey.♥
Basecode: Zie Ra.♥
Blogskin: Kyla Baro.♥

Hilang.
Cinta akan hilang jika diambil orang. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.



Assalamualaikum..

Perhatian kepada budak bawah umur anda dilarang membaca entry ini. Entry ini penuh dengan unsur unsur yang boleh membuatkan anda menangis dan takut dengan saya. Eh? Hehehe tak kira la korang nak cakap saya angau ke jiwang ke gedik ke ini belog saya ye cik puan.

Mohon kebelakang sikit sebelum dapat terajang free dari saya.

Saudariku yang semoga dirahmati oleh Allah..

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih sayang dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta. Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.


Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan jodoh setiap hambaNya.

Soal hati tiada undang undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang kalau ia tidak terbalas sukar mengakhirinya dengan sebuah perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai kita daripada kita mencintai diri orang lain. itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati maka matilah cinta itu. Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kita akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kita pasti akan kecewa ketika kita tahu kekurangannya.


Tak perlu cari teman secantik Balqis kalau diri tak seindah Sulaiman. Mengapa harapkan teman setampan Yusuf kalau kasih tak seteguh Zulaikha? Tak perlu teman seteguh Ibrahim kalau diri tak sekuat Hajar dan Sarah.

Saya tidaklah semulia Khatijah tidaklah setaqwa Aisyah dan tidaklah setabah Fatimah. Saya cuma seorang wanita akhir zaman yang punya cita cita untuk menjadi seorang wanita solehah.

Haziq, seandainya kita dicipta untuk menjadi satu pasti suatu ketika kita akan bertemu dan seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu walau dekat selalu awak tak kan jadi kepunyaan saya.

Awak, saya tidak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidup awak kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar bagi saya. Saya hanya berharap suatu saat nanti jika awak melihat saya, awak akan tersenyum dan berkata..."Dialah orang yang selalu menyayangiku..."

Kejauhan ini juga mengajar saya rindu yang berpanjangan. Assalamualaikum.



Older Post | Newer Post